TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN
1. PENGENALAN
Menurut Zainal (2009), disiplin juga bermaksud satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat dan ia hendaklah mendapat perhatian berat daripada semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Menurut Wan Yusoff, (2002) juga menerangkan disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan diri sendiri. Manakala menurut Sanjaya (2005), disiplin merujuk kepada disiplin sangat diperlukan bagi setiap pelajar kerana dengan adanya disiplin belajar, tujuan pendidikan akan lebih mudah tercapai. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa disiplin perlu ada pada diri seseorang pelajar supaya berakhlak mulia, mempunyai sikap rasional, keyakinan diri, ketabahan hati dan setia kepada sekolah dan negara. Pengurusan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku dan masalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Secara umumnya, tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
2. ISI KANDUNGAN
JENIS-JENIS TINGKAH LAKU
1. TINGKAH LAKU POSITIF
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. TINGKAH LAKU NEGATIF
Tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Mereka kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan memberontak di dalam kelas.
Terdapat 3 faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku, iaitu faktor persekitaran, budaya dan agama. Faktor persekitaran murid amat mempengaruhi tingkah laku seorang pelajar terutama prsekitaran keluarga. Persekitaran keluarga yang baik dan bahagia akan menjadikan seorang murid berkelakuan baik dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, faktor budaya yang tidak konsisten dan bertentangan dengan amalan dan kehendak budaya sejagat akan menpengaruhi tingakah laku murid di sekolah. Budaya Kpop yang semakin berleluasa di media sosial juga dapat mempengaruhi tingakah laku pelajara untuk meniru gaya tersebut. Di samping itu, faktor agama juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku sosial pelajar. Pegangan agama yang kuat dalam diri pelajar dapat menjadikan pelajar seorang yang mematuhi segala kehendak-Nya dan tidak mudah melakukan perkara yang boleh membawa kepada keburukan kepada orang lain. Seacara umumnya, agama mempengaruhi tingkah laku sosial dalam masyarakat tersebut.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar amat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan efektif dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pengurusan tingkah laku dan displin yang baik terhadap pelajar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia serta dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Peranan guru amat penting bagi mengubah tingkah laku murid di sekolah bagi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akhlak dan sahsiah diri. Sebuah negara yang utuh perlu adanya masyarakat yang mempunyai akhlak yang tinggi.
4. RUJUKAN
No comments:
Post a Comment