TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
1. PENGENALAN
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab dalam bidang profesionnya. Dalam bilik darjah ini adalah tempat seorang guru mencurah sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap murid-murid di sekolah. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah.
Lantaran itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan sesi penhajaran dan pembelajaran berjalan secara berkesan dan efektif dalam bilik darjah. Di samping itu, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti mahupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan berkesan di sekolah. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Mempelajari sikap dan sosial pelajar amat penting bagi merancang strategi pengurusan bilik darjah yang efektif terhadap pelajar.
2. ISI KANDUNGAN
Strategi pengurusan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof berkata persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru di dalam bilik darjah. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju. Dengan ini, menurut Atan Long menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara strategi yang digunakan dalam menguruskan bilik darjah yang berkesan, iaitu melalui pembentukan interaksi.
PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
Kepentingan pembentukan interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, bagi memastikan interaksi dalam bilik darjah berlangsung secara sempurna terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting untuk merealisasikan interaksi tersebut. Antara faktor interaksi yang pertama ialah susunan bilik darjah. Susunan bilik darjah ini bergantung kepada kedudukan meja dan kerusi pelajar. Pembahagian kedudukan ini dapat dikategorikan kepada 3 jenis iaitu susunan tradisi, susunan horse shoe dan susunan madular. Selain daripada susunan bilik darjah faktor keadaan emosi bilik darjah. Dapat dilihat melalui faktor ini lebih diutamakan kepada para guru iaitu suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif. Tambahan pula, kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai. Terdapat beberapa jenis gaya kawalan yang digunakan antaranya ialah :
1. Gaya Autokratik - Interaksi sehala
2. Gaya Demokratik - Interaksi dua hala
3. Gaya Laissez Faire - Kebebasan penuh diberikan kepada pelajar
4. Gaya Kumpulan - Pelajar berfikir, merancang, melaksanakan dan menilai kerja dengan semangat.
Faktor penggunaan alat bantu mengajar berteknologi dapat mempertingkatkan prestasi pengurusan dalam bilik darjah seperti slaid, pita video, rakaman dan lain-lain. Perkara ini dapat memudahkan proses p&p dan akan diminati oleh pelajar serta menarik minat pelajar untuk belajar di mana suasana bilik darjah yang kondusif amat penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan dan terbahagi kepada 3:
1. SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH
Guru membuat kajian melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Sosiometri merupakan teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Bagi mengenalpasti seseorang pelajar tersebut ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain.
2. SUASANA EMOSI BILIK DARJAH
. Suasana emosi bilik darjah ini adalah gabungan daripada berbagai perkara antaranya suara, kelucuan, penggunaan pujian, sikap dan ekspektasi bilik darjah, kemesraan, stail, kawalan dan akhirnya kepimpinan dan kaedah mengajar. Suasana emosi dalam bilik darjah ini sangat penting daripada suasana fizikal kerana kita dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran serta sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, peranan seorang guru amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan dengan adanya strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan ke atas bilik darjah. Memahami dan mengaplikasikan ilmu pengurusan bilik darjah di sekolah amat penting bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Seorang guru perlu mempunyai banyak kemahiran yang luas terhadap pengurusan pembelajaran murid sekolah bagi meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik.
4. RUJUKAN
No comments:
Post a Comment