BEAUTY SHOP MENCERIAKAN HARI ANDA

Beauty Shop menjadikan hari anda lebih ceria dan penuh makna.

Sunday, 9 December 2018

KPS TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER
1. PENGENALAN
Menurut Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep pengurusan sumber sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Pengurusan sumber lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia. Secara umumnya, pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Manakala, sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. 
2. ISI KANDUNGAN
Konsep utama dalam pengurusan sumber ialah pusat sumber sekolah.  Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pusat sumber merupakan elemen utama sumber maklumat bagi pelajar untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan matapelajaran di sekolah. Pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian pelajar. Pusat sumber berperanan mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber serta mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka. Di samping itu, pusat sumber juga melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan kepada murid-murid.  Pengurusan sumber amat penting kepada pembelajaran dan pengajaran kepada murid di sekolah bagi mendapatkan maklumat dari sumber yang betul dan benar.

3. RUMUSAN
Rumusan bagi topik pengurusan sumber ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat pendidikan yang ingin melahirkan individu atau masyarakat yang berintelektual dan berpengetahuan yang luas serta memiliki sumber fakta yang betul dan sahih. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan cinta akan ilmu. Sumber ilmu yang betul akan menghasilkan masyarakat yang berfikiran positif dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang fitnah-fitnah yang tidak betul.

4. RUJUKAN


No comments:

Post a Comment