BEAUTY SHOP MENCERIAKAN HARI ANDA

Beauty Shop menjadikan hari anda lebih ceria dan penuh makna.

Sunday, 9 December 2018

KPS TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
1. PENGENALAN
Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Mengikut kamus ‘A English Dictionary’, interaksi bererti proses saling bertindak serta saling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep pendidikan, interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu interaksi antara individu dan interaksi di antara individu dengan alam sekitar. Menurut Roselan (2003) pula, interaksi merujuk kepada proses pertukaran tindakan yang berlaku antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. ISI KANDUNGAN
Interaksi amat penting antara murid dan guru, dalam topik ini menjelaskan bentuk interaksi yang digunakan dalam P&P di sekolah. Antara jenis interaksi, jenis komunikasi dan kemahiran komunikasi berkesan di sekolah. Jenis interaksi terbahagi beberapa jenis iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, dan antara kumpulan. Interaksi satu hala sahaja bermaksud hanya guru sahaja yang berucap didepan dan didengar oleh pelajar. Interaksi dua hala pula bila guru bertanya dan pelajar menjawab atau pelajar bertanya guru menjawab. Selain itu, interaksi kumpulan berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek, perbincangan berkumpulan dan lain-lain. Interaksi antara kumpulan adalah semasa dan selepas berbincang dalam kumpulan, boleh diadakan sesi pembentangan, kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.
Komunikasi lisan antara guru dan murid amat penting bagi memastikan sesi P&P berkesan dalam bilik darjah. Menurut  Maimunah Osman (2000),  komunikasi merupakan asas kepada perhubungan antara seseorang dengan orang lain. Oleh itu bentuk komunikasi terbahagi kepada komunikasi lisan, komunikasi tanpa lisan, persuratan dan komunikasi visual. Boleh kita lihat bahawa komunikasi adalah  syarat penting bagi guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
3. RUMUSAN
Rumusan bagi interaksi dan pembelajaran amat penting antara guru dan pelajar bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran berkesan dalam bilik darjah. Melalui komunikasi yang berkesan antara guru dan murid dapat memudahkan lagi guru mengajar dan memberikan maklumat pelajaran kepada murid. Manakala murid dapat memahami sesi pembelajaran dan pengajaran dengan cepat dan mudah. Murid akan menjadi lebih meminati ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Melalui minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan akan melahirkan masyarakat yang berpengetahuan pada masa depan.
4. RUJUKAN

No comments:

Post a Comment