TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
1. PENGENALAN
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan. Falsafah pendidika khas ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berkeupayaan, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
2. ISI KANDUNGAN
Terdapat perbezaan murid berkeperluan khas dan murid kurang upaya.
Kanak-kanak luar biasa
(exceptional children)
|
Kanak-kanak berisiko
(at risk children)
|
ü Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, iaitu merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa,
|
ü Kanak-kanak yang berisiko, iaitu mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas dan berisiko untuk menjadi cacat.
|
Murid kurang upaya
Kanak-kanak kurang upaya
(children with disabilities)
|
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan
(handicapped children)
|
ü Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dengan mereka yang mempunyai keupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini akan menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
|
ü Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan persekitaran.
|
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, memahami dan mempelajari pengurusan pelbagai upaya amat penting sebagai satu altenatif dan cara untuk meneruskan proses pembelajaran mereka. Tujuan pengurusan pelbagai upaya ini dapat membantu kanak-kanak kurang upaya untuk menjalankan kehiduapan mereka dengan lebih baik dan berdikari kerana sukatan dan proses pembelajaran telah diubahsuai kepada mengikut tahap dan IQ kanak –kanak tersebut. Hal Ini dapat membantu mereka untuk lebih memahami ilmu yang cuba disampaikan oleh guru mereka dengan mudah. Sebagai seorang guru kita perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi membantu mereka yang ketidakupayaan ini.
4. RUJUKAN
No comments:
Post a Comment