BEAUTY SHOP MENCERIAKAN HARI ANDA

Beauty Shop menjadikan hari anda lebih ceria dan penuh makna.

Sunday, 9 December 2018

KPS TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
1. PENGENALAN
Menurut Willard Waller (1932) dalam buku T. Marimuthu mengatakan ada empat alasan mengapa sekolah dikaji sebagai unit-unit sosial yang mana mempunyai anggota yang nyata. Ia juga mempunyai struktur sosial yang jelas, akibat mod interaksi sosial di dalam sekolah serta diserapi oleh rasa kekitaan dan mempunyai satu budaya yang tersendiri. Menurut Bidwell dan Sharifah Alsagoff (1990) yang menerangkan bahawa sekolah ialah satu institusi masyarakat setempat iaitu dari segi sejauh mana sekolah-sekolah sesebuah masyarakat setempat itu merupakan identiti dan nilai-nilai masyarakat itu dan merupakan fokus untuk integrasi kehidupan masyarakat. Menurut kamus dewan edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak.

2. ISI KANDUNGAN
Hubungan sekolah dengan masyarakat
Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Sekolah memainkan peranan sebagai satu organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.
Hubungan sekolah dengan ibu bapa dan PIBG
Kepentingan hubungan sekolah dengan ibu bapa mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru. Di samping membantu dalam memajukan perkembangan murid, menjaga kebaikan, menambah sumber kewangan sekolah dan meningkatkan kecerian premis sekolah serta menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Cabaran-cabaran yang dihadapi
Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membeban ibu bapa.
Sikap ibubapa yang menyerah tugas mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru.
Apabila anak mereka terlibat dalam gejala sosial, ibubapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah.
Ibubapa yang cepat melatah dan mengambil tindak guaman apabila sekolah mengambil tindakan displin terhadap anak-anak mereka.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran amat penting untuk memcapai matlamat sekolah yang cemerlang dan terbilang bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan luas. Hubungan sekolah dengan persekitaran, masyarakat dan ibubapa amat penting bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim murid serta mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera. Oleh itu, semua pihak perlulah memberikan kerjasama yang baik dalam sebarang aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain.

4. RUJUKAN

No comments:

Post a Comment