TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1. PENGENALAN
Menurut wina sanjaya (2009), proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran kondusif. Persediaan ilmu pengajaran juga perlu dirujuk oleh guru mengikut sukatan pembelajaran. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan memberikan maklum balas. Antara tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar yang mana corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.
2. ISI KANDUNGAN
Di dalam bilik darjah guru memainkan peranan yang penting sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus adalah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.
Ciri-ciri iklim bilik darjah yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
l Ciri fizikal merujuk kepada susun atur yang tidak begitu padat dan mempunyai pelbagai kemudahan.
l Ciri emosi merujuk kepada sifat guru yang peramah, suka hati, mencintai murid dan mengharapkan kerjaya murid mengikut tahap kemampuan murid.
l Ciri sosial merujuk kepada sokongan rakan untuk kerjasama.
Akhir sekali, kecekapan seorang guru dalam menguruskan bilik darjah dapat mewujudkan suasana sosiemosi yang selesa, displin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran amat penting bagi memastikan bakal guru dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran dalam bilik darjah dan pengurusan di sekolah. Secara keseluruhannya alam pembelajaran menerangkan secara terperinci mengenai konsep pengajaran, objektif pengajaran, langkah-langkah pelaksanaan P&P dan kajian tindakan oleh seseorang guru sebelum, semasa dan selepas melakukan P&P. Secara umumnya, amat penting bagi seorang bakal guru memahami dan mempelajari pengurusan pembelajaran bagi memastikan murid ingin belajar di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi murid.
4. RUJUKAN
No comments:
Post a Comment