BEAUTY SHOP MENCERIAKAN HARI ANDA

Beauty Shop menjadikan hari anda lebih ceria dan penuh makna.

Sunday, 9 December 2018

KPS TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
1. PENGENALAN
Konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang  pendidikan  kepada semua  murid yang  berbeza  daripada aspek  etnik,  keturunan, bahasa, adat  resam  dan budaya untuk  mendapat pendidikan  yang  adil dan sama  rata  dan berinteraksi  serta  memahami  setiap  rakan  dalam  bilik darjah  dengan baik. Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Pelbagai budaya juga di definisikan sebagai satu sistem kepercayaan yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam sesebuah kelompok organisasi atau masyarakat yang terdapat pada sesebuah kawasan itu. Lantaran itu, sesebuah masyarakat itu harus menerima dan menghargai perbezaan sosial budaya tanpa mengira kaum

2. ISI KANDUNGAN
Tujuan pendidikan pelbagai budaya amat penting bagi masyarakat yang pelbagai kaum, agama dan bangsa. Pendidikan pelbagai budaya ini bertujuan mengajar pelajar untuk mengenali, menerima dan menghargai perbezaan  yang wujud dalam masyarakat majmuk. Perbezaan ini merangkumi budaya, bangsa, kelas atau tahap sosial, jantina, keperluan istimewa(OKU) dan lain-lain. Melalui perbezaan ini, masyarakat perlu mempelajari dan memahami perbezaan yang ada dalam masyarakat majmuk yang lain agar kesejahteraan dan keharmonian sentiasa terjamin. Dengan adanya pendidikan pelbagai budaya ini, guru dapat menanamkan sikap tanggungjawab dan komited kepada pelajar serta tugas, amanah yang diberikan secara demokrasi, saksama dan adil tanpa mengira perbezaan. Hal ini juga akan memberi kesedaran kepada mereka akan perlunya keadilan sosial dalam sesebuah masyarakat itu. Kita boleh melihat sesebuah masyarakat itu lebih harmoni dan saling hormat menghormati tanpa adanya sifat rasis antara satu sama lain.

3.RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya ini amat penting kepada masyarakat untuk memahami dan mempelajari nilai perbezaan yang terdapat dalam masyarakat majmuk. Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera, iaitu guru memberikan pendedahan yang sebaiknya kepada pelajar tentang kepentingan mempelajari dan memahami budaya masyarakat pelbagai kaum di sekolah. Pendidikan pelbagai budaya ini haruslah di pratiskan ketika proses pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar kelas agar dapat melahirkan seseorang insan yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang luas. Dengan adanya pengurusan pelbagai budaya, maka kita dapat melahirkan satu masyarakat yang harmoni dengan melalui kefahaman yang sama terhadap kepentingan kepelbagaian lapisan masyarakat.

4.RUJUKAN





No comments:

Post a Comment