TAJUK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
1. PENGENALAN
Menurut James Stoner, pengurusan merupakan proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Menurut Ahmad Mahdzan (2004), pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti. Manakala, menurut Gagne (1974) menyatakan pembelajaran merupakan perubahan pemikiran, kebolehan, tingkah laku, berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan. Topik ini memberikan penekanan terhadap kepentingan mempelajari dan memahami pengurusan dan pembelajaran di sekolah.
2. ISI KANDUNGAN
Terdapat 4 konsep pengurusan dan pembelajaran pelajar, iaitu mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah. Memahami 4 konsep ini amat penting bagi memastikan pengurusan dan pembelajaran bilik darjah berkesan. Kaedah atau pendekatan yang berkesan digunakan dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar dalam bilik darjah ialah melalui keperluan fisiologi, pengurusan masa dan iklim bilik darjah. Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar amat penting bagi bakal guru memahami pengurusan pembelajaran murid di sekolah. Topik ini memberikan pendedahan awal kepada bakal guru bagaimana cara mengajar di sekolah.
3. RUMUSAN
Rumusan bagi kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar ini memberikan pendedahan awal dan maklumat yang berguna kepada bakal guru untuk mengetahui cara mengurus pembelajaran pelajar di sekolah. Mempelajari dan mengaplikasikan pengurusan dan pembelajaran yang efektif amat penting untuk proses pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
4. RUJUKAN
https://www.scribd.com/document/344679606/Topik-2-Kajian-Pengurusan-Dan-Pembelajaran-Pelajar
No comments:
Post a Comment