TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
1. PENGENALAN
Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan dalam mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan juga adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi dan membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni tersendiri. Menurut Robert Kreither, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar mampu melakukan pekerjaan/ kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi. Manakala, organisasi adalah prihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dalam masyarakat atau sesuatu kelompok. Organisasi juga merupakan sekelompok individu yang dipersatukan secara formal dalam suatu aktiviti kerjasama bagi mencapai tujuan yang ditetapkan. Tujuan organisasi ditubuhkan adalah untuk merealisasikan keinginan dan cita-cita bersama anggota organisasinya.
2. ISI KANDUNGAN
Topik kepimpinan dan organisasi ini menjelaskan gaya kepimpinan yang digunakan di sekolah mahupun tempat kerja. Terdapat tiga gaya kepimpinan yang telah saya pelajari ialah kepimpinan bercorak autokratik, demokratik dan laissez-faire. Kesemua gaya kepimpinan ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.
Gaya kepimpinan bercorak autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja dan menyelesaikan masalah. Pemimpin bercorak autokratik akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang diberikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
Selain itu, gaya kepimpinan bercorak demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.
Di samping itu, gaya kepimpinan bercorak Laissez-faize adalah melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedemikian biasanya memberi kebebasan kepada pekerja untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya. Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam melakukan tugas.
Akhir sekali, guru dan pihak sekolah berperanan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai di sekolah bagi memastikan organisasi pentadbiran sekolah sentiasa tersusun. Pihak perlu mengaplikasikan gaya kepimpinan yang sesuai digunakan terhadap pelajar bagi mengawal tingkah laku pelajar.
3. RUMUSAN
Rumusannya, memahami dan mengaplikasikan gaya kepimpinan yang betul dan sesuai di sekolah dapat mewujudkan sistem organisasi sekolah yang tersusun dan teratur. Di samping itu, menggunakan gaya kepimpinan yang efektif bagi mengawal tingkah laku pelajar di sekolah. Gaya kepimpinan yang berkesan dapat mengawal tingkah laku pelajar di sekolah serta melahirkan masyarakat yang bermoral dan bertanggungjawab dalam kerja atau bidangnya.
4. RUJUKAN
No comments:
Post a Comment