BEAUTY SHOP MENCERIAKAN HARI ANDA

Beauty Shop menjadikan hari anda lebih ceria dan penuh makna.

Sunday, 9 December 2018

KPS TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1. PENGENALAN
Menurut wina sanjaya (2009), proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran kondusif. Persediaan ilmu pengajaran juga perlu dirujuk oleh guru mengikut sukatan pembelajaran. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan memberikan maklum balas. Antara tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar yang mana corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa.  matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.

2. ISI KANDUNGAN
Di dalam bilik darjah guru memainkan peranan yang penting sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus adalah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan  pengajaran dan sebagainya.
Ciri-ciri iklim bilik darjah yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ciri fizikal merujuk kepada susun atur yang tidak begitu padat dan mempunyai pelbagai kemudahan.
Ciri emosi merujuk kepada sifat guru yang peramah, suka hati, mencintai murid dan mengharapkan kerjaya murid mengikut tahap kemampuan murid.
Ciri sosial merujuk kepada sokongan rakan untuk kerjasama.
Akhir sekali, kecekapan seorang guru dalam menguruskan bilik darjah dapat mewujudkan suasana sosiemosi yang selesa, displin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran amat penting bagi memastikan bakal guru dapat meyesuaikan diri dengan persekitaran dalam bilik darjah dan pengurusan di sekolah.  Secara keseluruhannya alam pembelajaran menerangkan secara terperinci mengenai konsep pengajaran, objektif pengajaran, langkah-langkah pelaksanaan P&P dan kajian tindakan oleh seseorang guru sebelum, semasa dan selepas melakukan P&P. Secara umumnya, amat penting bagi seorang bakal guru memahami dan mempelajari pengurusan pembelajaran bagi memastikan murid ingin belajar di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi murid.

4. RUJUKAN









KPS TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
1. PENGENALAN
Menurut Willard Waller (1932) dalam buku T. Marimuthu mengatakan ada empat alasan mengapa sekolah dikaji sebagai unit-unit sosial yang mana mempunyai anggota yang nyata. Ia juga mempunyai struktur sosial yang jelas, akibat mod interaksi sosial di dalam sekolah serta diserapi oleh rasa kekitaan dan mempunyai satu budaya yang tersendiri. Menurut Bidwell dan Sharifah Alsagoff (1990) yang menerangkan bahawa sekolah ialah satu institusi masyarakat setempat iaitu dari segi sejauh mana sekolah-sekolah sesebuah masyarakat setempat itu merupakan identiti dan nilai-nilai masyarakat itu dan merupakan fokus untuk integrasi kehidupan masyarakat. Menurut kamus dewan edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak.

2. ISI KANDUNGAN
Hubungan sekolah dengan masyarakat
Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Sekolah memainkan peranan sebagai satu organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.
Hubungan sekolah dengan ibu bapa dan PIBG
Kepentingan hubungan sekolah dengan ibu bapa mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru. Di samping membantu dalam memajukan perkembangan murid, menjaga kebaikan, menambah sumber kewangan sekolah dan meningkatkan kecerian premis sekolah serta menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Cabaran-cabaran yang dihadapi
Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membeban ibu bapa.
Sikap ibubapa yang menyerah tugas mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru.
Apabila anak mereka terlibat dalam gejala sosial, ibubapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah.
Ibubapa yang cepat melatah dan mengambil tindak guaman apabila sekolah mengambil tindakan displin terhadap anak-anak mereka.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran amat penting untuk memcapai matlamat sekolah yang cemerlang dan terbilang bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan luas. Hubungan sekolah dengan persekitaran, masyarakat dan ibubapa amat penting bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim murid serta mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera. Oleh itu, semua pihak perlulah memberikan kerjasama yang baik dalam sebarang aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain.

4. RUJUKAN

KPS TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
1. PENGENALAN
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan. Falsafah pendidika khas ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berkeupayaan, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

2. ISI KANDUNGAN
Terdapat perbezaan murid berkeperluan khas dan murid kurang upaya.
Kanak-kanak luar biasa
(exceptional children)
Kanak-kanak berisiko
(at risk children)
ü Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, iaitu merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa,
ü Kanak-kanak yang berisiko, iaitu mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas dan berisiko untuk menjadi cacat.

Murid kurang upaya
Kanak-kanak kurang upaya
(children with disabilities)
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan
(handicapped children)
ü Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dengan mereka yang mempunyai keupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini akan menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
ü Masalah yang dihadapi oleh mereka  yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan persekitaran.


3. RUMUSAN
Kesimpulannya, memahami dan mempelajari pengurusan pelbagai upaya amat penting sebagai satu altenatif dan cara untuk meneruskan proses pembelajaran mereka. Tujuan pengurusan pelbagai upaya ini dapat membantu kanak-kanak kurang upaya untuk menjalankan kehiduapan mereka dengan lebih baik dan berdikari kerana sukatan dan proses pembelajaran telah diubahsuai kepada mengikut tahap dan IQ kanak –kanak tersebut. Hal Ini dapat membantu mereka untuk lebih memahami ilmu yang cuba disampaikan oleh guru mereka dengan mudah. Sebagai seorang guru kita perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna bagi membantu mereka yang ketidakupayaan ini.

4. RUJUKAN


KPS TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
1. PENGENALAN
Konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang  pendidikan  kepada semua  murid yang  berbeza  daripada aspek  etnik,  keturunan, bahasa, adat  resam  dan budaya untuk  mendapat pendidikan  yang  adil dan sama  rata  dan berinteraksi  serta  memahami  setiap  rakan  dalam  bilik darjah  dengan baik. Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Pelbagai budaya juga di definisikan sebagai satu sistem kepercayaan yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam sesebuah kelompok organisasi atau masyarakat yang terdapat pada sesebuah kawasan itu. Lantaran itu, sesebuah masyarakat itu harus menerima dan menghargai perbezaan sosial budaya tanpa mengira kaum

2. ISI KANDUNGAN
Tujuan pendidikan pelbagai budaya amat penting bagi masyarakat yang pelbagai kaum, agama dan bangsa. Pendidikan pelbagai budaya ini bertujuan mengajar pelajar untuk mengenali, menerima dan menghargai perbezaan  yang wujud dalam masyarakat majmuk. Perbezaan ini merangkumi budaya, bangsa, kelas atau tahap sosial, jantina, keperluan istimewa(OKU) dan lain-lain. Melalui perbezaan ini, masyarakat perlu mempelajari dan memahami perbezaan yang ada dalam masyarakat majmuk yang lain agar kesejahteraan dan keharmonian sentiasa terjamin. Dengan adanya pendidikan pelbagai budaya ini, guru dapat menanamkan sikap tanggungjawab dan komited kepada pelajar serta tugas, amanah yang diberikan secara demokrasi, saksama dan adil tanpa mengira perbezaan. Hal ini juga akan memberi kesedaran kepada mereka akan perlunya keadilan sosial dalam sesebuah masyarakat itu. Kita boleh melihat sesebuah masyarakat itu lebih harmoni dan saling hormat menghormati tanpa adanya sifat rasis antara satu sama lain.

3.RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya ini amat penting kepada masyarakat untuk memahami dan mempelajari nilai perbezaan yang terdapat dalam masyarakat majmuk. Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera, iaitu guru memberikan pendedahan yang sebaiknya kepada pelajar tentang kepentingan mempelajari dan memahami budaya masyarakat pelbagai kaum di sekolah. Pendidikan pelbagai budaya ini haruslah di pratiskan ketika proses pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar kelas agar dapat melahirkan seseorang insan yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang luas. Dengan adanya pengurusan pelbagai budaya, maka kita dapat melahirkan satu masyarakat yang harmoni dengan melalui kefahaman yang sama terhadap kepentingan kepelbagaian lapisan masyarakat.

4.RUJUKAN





KPS TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1. PENGENALAN
Menurut James Stoner, pengurusan merupakan proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Manakala menurut Zuraidah (1994) definisi bagi nasihat adalah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Gibson dan Mitchell (1999) juga telah menjelaskan bahawa nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna di mana ia bertujuan untuk mengajar klien bagaimana untuk berfikir dan bertindak dalam menangani masalah. Penasihat menurut kamus dewan edisi ke-2 ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Maka, pengurusan penasihatan murid adalah proses membantu memberikan nasihat kepada murid.
Menurut Abdul Halim Othman (2000), pengurusan penasihatan murid telah lama diperkenalkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran (Kementerian Pendidikan) sejak zaman penjajah British pada tahun 1938 di mana pentadbir British mengalakkan murid-murid pada abad ke-18 untuk menceburi kerjaya dalam bidang penasihatan murid atau kaunselor. Sejak abad ke-18, pihak Kementerian Pendidikan menitikberatkan peranan pengurusan penasihatan murid bagi melahirkan masyarakat yang berkebolehan dan berbakat pada masa hadapan. Pada abad ke-21 ini, pengurusan penasihatan murid bukan hanya diwujudkan di sekolah-sekolah malah organisasi pekerjaan juga mengunakan khidmat kaunseling dan bimbingan di tempat kerja bagi meningkatkan lagi kualiti pekerja dalam organisasi.

2. ISI KANDUNGAN
Dengan mempelajari konsep dan perbezaan pengurusan penasihatan murid, bakal guru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran bilik darjah. Melalui strategi dan teknik pengurusan penasihatan murid, bakal guru dapat membantu menangani masalah yang dihadapi murid-murid. Maka, bakal guru dapat gambaran awal berkenaan dengan isu dan cabaran pengurusan penasihatan murid di mana bakal guru tidak mengalami masalah kejutan budaya semasa menjalani pratikal di sekolah pada masa akan datang.
Terdapat tiga aspek utama dalam pengurusan penasihatan murid, iaitu penasihatan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menurut D. W. Lefever, bimbingan ialah satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuannya supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidupnya serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. Menurut Ee Ah Meng (1997) bimbingan di sekolah memainkan peranan penting untuk membantu murid-murid  membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi, dan akademik  dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib. Melalui bimbingan, murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan terasing terutama pelajar baru. Selain itu, aspek kedua dalam pengurusan penasihatan murid adalah perkhidmatan kaunseling. Menurut Patterson (1995) dan Corey (1977) kaunseling merupakan satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan, dan kemahiran membuat keputusan. Kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu memupuk perkembangan dan kemajuan murid-murid di sekolah. Aspek ketiga dalam pengurusan penasihatan murid adalah penasihatan murid. Secara umumnya penasihatan murid menurut Encik Suhazlan Bin Suhaimi merupakan suatu panduan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku. Penasihatan murid ini amat penting bagi mengawal tingkah laku murid-murid. Selain itu, program mentor mentee dan pembimbing rakan sebaya juga merupakan salah satu aspek dalam pengurusan penasihatan murid bagi memastikan keberkesanan penasihatan murid-murid di sekolah.
Selain itu, pengurusan penasihatan murid mempunyai strategi dan teknik bagi memastikan keberkesanan penasihatan kepada murid-murid di mana strategi dan teknik tersebut dapat memberikan hasil yang memuaskan dalam prestasi murid dari segi pencapaian akademik, bakat dan kebolehan yang ada. Pengurusan penasihatan murid juga mempunyai proses-proses tertentu bagi sebelum menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling ke atas murid bagi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan dapat mencapai matlamat yang ingin disampaikan kepada pelajar dan mengukur keberkesanan sesi kaunseling dan bimbingan ini terhadap murid-murid di sekolah. Hal ini bagi memastikan sesi kaunseling dan bimbingan merupakan satu pendakatan yang berkesan dalam penasihatan murid bagi meningkat prestasi murid dan mengawal tingkah laku murid-murid di sekolah.
Di samping itu, pengurusan penasihatan murid di sekolah mempunyai pelbagai cabaran semasa sesi bimbingan dan kaunseling. Bagi mengukuhkan lagi pengurusan penasihatan murid ini di sekolah, pihak sekolah amat memerlukan sokongan kerjasama dan peruntukkan kewangan daripada pelbagai pihak seperti ahli keluarga, masyarakat, pihak kerajaan, pihak sekolah, guru-guru dan murid-nurid bagi memastikan bimbingan dan kaunseling dapat dilaksanakan sehingga lima tahun akan datang. Pihak kerajaan mahupun ibubapa perlu memberikan sokongan kerjasama terhadap program-program yang berkeitan dengan pengurusan penasihatan murid di sekolah seperti Program Rakan Sebaya. Setiap program penasihatan yang dijalankan di sekolah bertujuan membantu meningkat prestasi, kebolehan diri dan mengawal tingkah laku murid-murid. Program yang dianjurkan di sekolah dapat meningkatkan motivasi yang tinggi dalam diri murid-murid di sekolah bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang potensi dan kebolehan pada diri murid-murid.
Akhir sekali, kaunselor dan guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid-murid mempunyai minat dalam belajar dan meningkatkan potensi dalam diri murid-murid. Kaunselor dan guru-guru perlu memberikan bimbingan yang sepatutnya kepada murid-murid bagi melahirkan tampuk negara yang berkualiti pada masa depan.
PERBEZAAN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
BIMBINGAN
KAUNSELING
PENASIHAT
MENTORING
Proses membantu murid-murid memahami dan mengenali dunia mereka.
Menolong murid-murid membuat pilihan pilihan yang tepat
Membantu murid-murid merancang aktiviti
Fokus kepada murid yang bermasalah.
Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.
Sesi kaunseling mengambil masa yang banyak.
Tindakan murid yang telah menjalani sesi kaunseling akan dipantau secara berterusan.
Fokus kepada permasalahan yang dihadapi.
Berbentuk suruhan atau arahan.
Boleh dilakukan sesiapa sahaja.
Penasihat dilakukan dalam masa yang singkat.
Strategi yang paling efektif dalam penyelesaian masalah.
Proses membantu dari individu berpengalaman.
Kemudahan yang disediakan buat murid-murid dalam menguruskan kehidupan mereka di sekolah.

3. RUMUSAN
Menurut Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan, ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Penasihatan akademik adalah juga pendekatan berunsur psikologi dan bimbingan, kaunseling, program mentoring serta program rakan sebaya membantu menyerapkan rasa dihargai dan semangat diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Guru-guru kaunseling dapat memahami cabaran serta masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah. Melalui pendekatan ini, guru (mentor) memainkan peranan sebagai pembimbing kepada kepada pelajar (mentee). Guru memerlukan komitmen serta pengorbanan yang tinggi untuk mencorakkan kehidupan pelajar. Walau apapun, sekiranya dilaksanakan dengan terancang di samping kemahiran-kemahiran bimbingan dan kaunseling yang dimiliki oleh mentor, penasihatan akademik adalah salah satu cara untuk menangani tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar dan bukannya hanya satu langkah jangka pendek sahaja.
Lantaran itu, penasihatan akademik berfokus kepada masalah yang dihadapi daripada diri individu yang bermasalah. Penasihatan adalah strategi paling berkesan sekiranya nasihat tersebut memberikan kesan kepada pelajar. Konklusinya, penasihatan akademik dapat menggerakkan pelajar menjadi holistik dari segi akademik, kokurikulum, kreativiti, akhlak serta juga sahsiah pelajar.

4. RUJUKAN
Abd. Halim Othman. 2000. Kaunseling dalam pendidikan menengah. Borneo Line Printing Sdn. Bhd Kota Kinabalu, Sabah.
Aminah Haji Hashim. 1994. Keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah menegah: satu tinjauan. Jiwamas Printers Sdn. Bhd. Cheras, Selangor.
Ea Ah Meng. 1997. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Fajar Bakti Sdn. Bhd Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Ea Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti. 2011. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Oxford Fajar Sdn. Bhd Kuala Lumpur.
Tiwi binti Kamidin. 2004. Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan tingkah laku bermasalah. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 56-64.
Zulkifli Yusuf. 1988. Panduan khidmat bimbingan : untuk guru dan bakal guru. Mazara Sdn. Bhd Selangor Darul Ehsan.
Zuraidah Abdul Rahman. 1996. Pembimbing rakan sebaya: langkah seterusnya. IBS Buku Sdn. Bhd Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

KPS TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN
1. PENGENALAN
Menurut Zainal (2009), disiplin juga bermaksud satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat dan ia hendaklah mendapat perhatian berat daripada semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Menurut Wan Yusoff, (2002) juga menerangkan disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan diri sendiri. Manakala menurut Sanjaya (2005), disiplin merujuk kepada disiplin sangat diperlukan bagi setiap pelajar kerana dengan adanya disiplin belajar, tujuan pendidikan akan lebih mudah tercapai. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa disiplin perlu ada pada diri seseorang pelajar supaya berakhlak mulia, mempunyai sikap rasional, keyakinan diri, ketabahan hati dan setia kepada sekolah dan negara. Pengurusan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku dan masalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Secara umumnya, tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

2. ISI KANDUNGAN

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU
1. TINGKAH LAKU POSITIF
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2. TINGKAH LAKU NEGATIF
Tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Mereka kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan memberontak di dalam kelas.

Terdapat 3 faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku, iaitu faktor persekitaran, budaya dan agama. Faktor persekitaran murid amat mempengaruhi tingkah laku seorang pelajar terutama prsekitaran keluarga. Persekitaran keluarga yang baik dan bahagia akan menjadikan seorang murid berkelakuan baik dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, faktor budaya yang tidak konsisten dan bertentangan dengan amalan dan kehendak budaya sejagat akan menpengaruhi tingakah laku murid di sekolah. Budaya Kpop yang semakin berleluasa di media sosial juga dapat mempengaruhi tingakah laku pelajara untuk meniru gaya tersebut. Di samping itu, faktor agama juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku sosial pelajar. Pegangan agama yang kuat dalam diri pelajar dapat menjadikan pelajar seorang yang mematuhi segala kehendak-Nya dan tidak mudah melakukan perkara yang boleh membawa kepada keburukan kepada orang lain. Seacara umumnya, agama mempengaruhi tingkah laku sosial dalam masyarakat tersebut.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar amat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif  dan efektif dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pengurusan tingkah laku dan displin yang baik terhadap pelajar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia serta dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Peranan guru amat penting bagi mengubah tingkah laku murid di sekolah bagi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akhlak dan sahsiah diri. Sebuah negara yang utuh perlu adanya masyarakat yang mempunyai akhlak yang tinggi.

4. RUJUKAN







KPS TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
1. PENGENALAN
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab dalam bidang profesionnya. Dalam bilik darjah ini adalah tempat seorang guru mencurah sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap murid-murid di sekolah. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah.
Lantaran itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan sesi penhajaran dan pembelajaran berjalan secara berkesan dan efektif dalam bilik darjah. Di samping itu, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti mahupun di institut-institut perguruan.  Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan berkesan di sekolah. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Mempelajari sikap dan sosial pelajar amat penting bagi merancang strategi pengurusan bilik darjah yang efektif terhadap pelajar.

2. ISI KANDUNGAN
Strategi pengurusan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof berkata persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru di dalam bilik darjah. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju. Dengan ini, menurut Atan Long menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara strategi yang digunakan dalam menguruskan bilik darjah yang berkesan, iaitu melalui pembentukan interaksi.
PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
Kepentingan pembentukan interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, bagi memastikan interaksi dalam bilik darjah berlangsung secara sempurna terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting untuk merealisasikan interaksi tersebut. Antara faktor interaksi yang pertama ialah susunan bilik darjah. Susunan bilik darjah ini bergantung kepada kedudukan meja dan kerusi pelajar. Pembahagian kedudukan ini dapat dikategorikan kepada 3 jenis iaitu susunan tradisi, susunan horse shoe dan susunan madular. Selain daripada susunan bilik darjah faktor keadaan emosi bilik darjah. Dapat dilihat melalui faktor ini lebih diutamakan kepada para guru iaitu suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif. Tambahan pula, kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai. Terdapat beberapa jenis gaya kawalan yang digunakan antaranya ialah :
1. Gaya Autokratik - Interaksi sehala
2. Gaya Demokratik -  Interaksi dua hala
3. Gaya Laissez Faire - Kebebasan penuh diberikan  kepada pelajar
4. Gaya Kumpulan - Pelajar berfikir, merancang, melaksanakan dan menilai kerja dengan semangat.

Faktor penggunaan alat bantu mengajar berteknologi dapat mempertingkatkan prestasi pengurusan dalam bilik darjah seperti slaid, pita video, rakaman dan lain-lain. Perkara ini dapat memudahkan proses p&p dan akan diminati oleh pelajar serta menarik minat pelajar untuk belajar di mana suasana bilik darjah yang kondusif amat penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan dan terbahagi kepada 3:

1. SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH
Guru membuat kajian melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Sosiometri merupakan teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Bagi mengenalpasti seseorang pelajar tersebut ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain.
2. SUASANA EMOSI BILIK DARJAH
. Suasana emosi bilik darjah ini adalah gabungan daripada berbagai perkara antaranya suara, kelucuan, penggunaan pujian, sikap dan ekspektasi bilik darjah, kemesraan, stail, kawalan dan akhirnya kepimpinan dan kaedah mengajar. Suasana emosi dalam bilik darjah ini sangat penting daripada suasana fizikal kerana kita dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran serta sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif.

3. RUMUSAN
Kesimpulannya, peranan seorang guru amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan dengan adanya strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan ke atas bilik darjah. Memahami dan mengaplikasikan ilmu pengurusan bilik darjah di sekolah amat penting bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Seorang guru perlu mempunyai banyak kemahiran yang luas terhadap pengurusan pembelajaran murid sekolah bagi meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik.

4. RUJUKAN




KPS TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER
1. PENGENALAN
Menurut Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep pengurusan sumber sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Pengurusan sumber lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia. Secara umumnya, pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Manakala, sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. 
2. ISI KANDUNGAN
Konsep utama dalam pengurusan sumber ialah pusat sumber sekolah.  Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pusat sumber merupakan elemen utama sumber maklumat bagi pelajar untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan matapelajaran di sekolah. Pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian pelajar. Pusat sumber berperanan mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber serta mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka. Di samping itu, pusat sumber juga melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan kepada murid-murid.  Pengurusan sumber amat penting kepada pembelajaran dan pengajaran kepada murid di sekolah bagi mendapatkan maklumat dari sumber yang betul dan benar.

3. RUMUSAN
Rumusan bagi topik pengurusan sumber ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat pendidikan yang ingin melahirkan individu atau masyarakat yang berintelektual dan berpengetahuan yang luas serta memiliki sumber fakta yang betul dan sahih. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan cinta akan ilmu. Sumber ilmu yang betul akan menghasilkan masyarakat yang berfikiran positif dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang fitnah-fitnah yang tidak betul.

4. RUJUKAN