TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1. PENGENALAN
Menurut James Stoner, pengurusan merupakan proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Manakala menurut Zuraidah (1994) definisi bagi nasihat adalah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Gibson dan Mitchell (1999) juga telah menjelaskan bahawa nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna di mana ia bertujuan untuk mengajar klien bagaimana untuk berfikir dan bertindak dalam menangani masalah. Penasihat menurut kamus dewan edisi ke-2 ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Maka, pengurusan penasihatan murid adalah proses membantu memberikan nasihat kepada murid.
Menurut Abdul Halim Othman (2000), pengurusan penasihatan murid telah lama diperkenalkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran (Kementerian Pendidikan) sejak zaman penjajah British pada tahun 1938 di mana pentadbir British mengalakkan murid-murid pada abad ke-18 untuk menceburi kerjaya dalam bidang penasihatan murid atau kaunselor. Sejak abad ke-18, pihak Kementerian Pendidikan menitikberatkan peranan pengurusan penasihatan murid bagi melahirkan masyarakat yang berkebolehan dan berbakat pada masa hadapan. Pada abad ke-21 ini, pengurusan penasihatan murid bukan hanya diwujudkan di sekolah-sekolah malah organisasi pekerjaan juga mengunakan khidmat kaunseling dan bimbingan di tempat kerja bagi meningkatkan lagi kualiti pekerja dalam organisasi.
2. ISI KANDUNGAN
Dengan mempelajari konsep dan perbezaan pengurusan penasihatan murid, bakal guru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran bilik darjah. Melalui strategi dan teknik pengurusan penasihatan murid, bakal guru dapat membantu menangani masalah yang dihadapi murid-murid. Maka, bakal guru dapat gambaran awal berkenaan dengan isu dan cabaran pengurusan penasihatan murid di mana bakal guru tidak mengalami masalah kejutan budaya semasa menjalani pratikal di sekolah pada masa akan datang.
Terdapat tiga aspek utama dalam pengurusan penasihatan murid, iaitu penasihatan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menurut D. W. Lefever, bimbingan ialah satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuannya supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidupnya serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. Menurut Ee Ah Meng (1997) bimbingan di sekolah memainkan peranan penting untuk membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi, dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib. Melalui bimbingan, murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan terasing terutama pelajar baru. Selain itu, aspek kedua dalam pengurusan penasihatan murid adalah perkhidmatan kaunseling. Menurut Patterson (1995) dan Corey (1977) kaunseling merupakan satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan, dan kemahiran membuat keputusan. Kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu memupuk perkembangan dan kemajuan murid-murid di sekolah. Aspek ketiga dalam pengurusan penasihatan murid adalah penasihatan murid. Secara umumnya penasihatan murid menurut Encik Suhazlan Bin Suhaimi merupakan suatu panduan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku. Penasihatan murid ini amat penting bagi mengawal tingkah laku murid-murid. Selain itu, program mentor mentee dan pembimbing rakan sebaya juga merupakan salah satu aspek dalam pengurusan penasihatan murid bagi memastikan keberkesanan penasihatan murid-murid di sekolah.
Selain itu, pengurusan penasihatan murid mempunyai strategi dan teknik bagi memastikan keberkesanan penasihatan kepada murid-murid di mana strategi dan teknik tersebut dapat memberikan hasil yang memuaskan dalam prestasi murid dari segi pencapaian akademik, bakat dan kebolehan yang ada. Pengurusan penasihatan murid juga mempunyai proses-proses tertentu bagi sebelum menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling ke atas murid bagi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan dapat mencapai matlamat yang ingin disampaikan kepada pelajar dan mengukur keberkesanan sesi kaunseling dan bimbingan ini terhadap murid-murid di sekolah. Hal ini bagi memastikan sesi kaunseling dan bimbingan merupakan satu pendakatan yang berkesan dalam penasihatan murid bagi meningkat prestasi murid dan mengawal tingkah laku murid-murid di sekolah.
Di samping itu, pengurusan penasihatan murid di sekolah mempunyai pelbagai cabaran semasa sesi bimbingan dan kaunseling. Bagi mengukuhkan lagi pengurusan penasihatan murid ini di sekolah, pihak sekolah amat memerlukan sokongan kerjasama dan peruntukkan kewangan daripada pelbagai pihak seperti ahli keluarga, masyarakat, pihak kerajaan, pihak sekolah, guru-guru dan murid-nurid bagi memastikan bimbingan dan kaunseling dapat dilaksanakan sehingga lima tahun akan datang. Pihak kerajaan mahupun ibubapa perlu memberikan sokongan kerjasama terhadap program-program yang berkeitan dengan pengurusan penasihatan murid di sekolah seperti Program Rakan Sebaya. Setiap program penasihatan yang dijalankan di sekolah bertujuan membantu meningkat prestasi, kebolehan diri dan mengawal tingkah laku murid-murid. Program yang dianjurkan di sekolah dapat meningkatkan motivasi yang tinggi dalam diri murid-murid di sekolah bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang potensi dan kebolehan pada diri murid-murid.
Akhir sekali, kaunselor dan guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid-murid mempunyai minat dalam belajar dan meningkatkan potensi dalam diri murid-murid. Kaunselor dan guru-guru perlu memberikan bimbingan yang sepatutnya kepada murid-murid bagi melahirkan tampuk negara yang berkualiti pada masa depan.
PERBEZAAN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
|
BIMBINGAN
|
KAUNSELING
|
PENASIHAT
|
MENTORING
|
l Proses membantu murid-murid memahami dan mengenali dunia mereka.
l Menolong murid-murid membuat pilihan pilihan yang tepat
l Membantu murid-murid merancang aktiviti
|
l Fokus kepada murid yang bermasalah.
l Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.
l Sesi kaunseling mengambil masa yang banyak.
l Tindakan murid yang telah menjalani sesi kaunseling akan dipantau secara berterusan.
|
l Fokus kepada permasalahan yang dihadapi.
l Berbentuk suruhan atau arahan.
l Boleh dilakukan sesiapa sahaja.
l Penasihat dilakukan dalam masa yang singkat.
l Strategi yang paling efektif dalam penyelesaian masalah.
|
l Proses membantu dari individu berpengalaman.
l Kemudahan yang disediakan buat murid-murid dalam menguruskan kehidupan mereka di sekolah.
|
3. RUMUSAN
Menurut Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan, ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Penasihatan akademik adalah juga pendekatan berunsur psikologi dan bimbingan, kaunseling, program mentoring serta program rakan sebaya membantu menyerapkan rasa dihargai dan semangat diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Guru-guru kaunseling dapat memahami cabaran serta masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah. Melalui pendekatan ini, guru (mentor) memainkan peranan sebagai pembimbing kepada kepada pelajar (mentee). Guru memerlukan komitmen serta pengorbanan yang tinggi untuk mencorakkan kehidupan pelajar. Walau apapun, sekiranya dilaksanakan dengan terancang di samping kemahiran-kemahiran bimbingan dan kaunseling yang dimiliki oleh mentor, penasihatan akademik adalah salah satu cara untuk menangani tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar dan bukannya hanya satu langkah jangka pendek sahaja.
Lantaran itu, penasihatan akademik berfokus kepada masalah yang dihadapi daripada diri individu yang bermasalah. Penasihatan adalah strategi paling berkesan sekiranya nasihat tersebut memberikan kesan kepada pelajar. Konklusinya, penasihatan akademik dapat menggerakkan pelajar menjadi holistik dari segi akademik, kokurikulum, kreativiti, akhlak serta juga sahsiah pelajar.
4. RUJUKAN
Abd. Halim Othman. 2000. Kaunseling dalam pendidikan menengah. Borneo Line Printing Sdn. Bhd Kota Kinabalu, Sabah.
Aminah Haji Hashim. 1994. Keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah menegah: satu tinjauan. Jiwamas Printers Sdn. Bhd. Cheras, Selangor.
Ea Ah Meng. 1997. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Fajar Bakti Sdn. Bhd Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Ea Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti. 2011. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Oxford Fajar Sdn. Bhd Kuala Lumpur.
Tiwi binti Kamidin. 2004. Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan tingkah laku bermasalah. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 56-64.
Zulkifli Yusuf. 1988. Panduan khidmat bimbingan : untuk guru dan bakal guru. Mazara Sdn. Bhd Selangor Darul Ehsan.
Zuraidah Abdul Rahman. 1996. Pembimbing rakan sebaya: langkah seterusnya. IBS Buku Sdn. Bhd Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.